Thursday 20 August 2015

TEKNIK BERMAIN REKORDER

Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder

 Postur duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder. Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan.) Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder. 

Pertama sekali, pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian pangkal. Kemudian, pegang bahagian hujung badan rekoder menggunakan tangan kanan. Imbangkan rekoder menggunakan bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. 

PENJARIAN REKODER





CARTA PENJARIAN REKODER

PENJARIAN BAGI TANGAN KIRI

Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder yang ketiga. 

PENJARIAN TANGAN KANAN

Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder yang keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder yang kelima manakala jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam. Akhir sekali, jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh. 


Saturday 15 August 2015

JENIS JENIS REKODER

Rekorder diperbuat dalam pelbagai jenis nada. Kebiasannya rekorder ditiun dalam nada C dan F, iaitu not yang paling rendah. Rekoder dalam nada D, Eb, G dan Bb bukanlah kebiasaan di dalam sejarah rekorder, namun ia boleh didapati pada hari ini, terutamanya rekorder tenor dalam nada D yang digelar ‘voice flute’. Terdapat beberapa jenis rekorder dan terdapat 5 jenis rekoder yang sering dilihat dalam persembahan iaitu Sopranino, Soprano, Alto, Tenor dan Bass.








JENIS JENIS REKODER

Rekoder yang sering digunakan dalam persembahan solo ialah rekoder jenis Soprano. Kebanyakkan sekolah menggunakan rekoder jenis ini memandangkan ia mempunyai pic yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Di samping itu, dari segi saiz , rekoder soprano amat sesuai dengan keadaan fizikal murid sekolah rendah yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mengembangkan kedudukan jari untuk menutup lubang penjarian rekorder. 

Wednesday 5 August 2015

SEJARAH REKODER

Rekorder tergolong dalam kumpulan alat muzik tiup kayu (woodwind). Alat muzik ini mengandungi bahagian peniup yang juga digelar "mouthpiece" yang dipasangkan ke laras silinder yang mengandungi tujuh lubang iaitu enam di hadapan dan satu di belakang. Silinder yang terakhir mengandungi dua lubang berkembar dihadapan. Silinder ketiga ini juga bercantum bersama silinder kedua.Bahagian yang paling penting untuk menghasilkan bunyi ialah bahagian kepala rekorder yang mengandungi peniup ataupun mouthpiece.

 Rekorder merupakan alat tiupan kayu yang tertua. Ia mula dimainkan semenjak Zaman Baroque dalam sejarah muzik klasikal barat. Pada zaman Pertengahan Eropah ataupun "medieval", rekorder adalah alat muzik yang popular. Namun demikian, populariti alat muzik ini mula menurun di abad ke 18 disebabkan terciptanya alat tiupan orkestra seperti oboe, klarinet dan flute yang boleh memainkan "range" not yang lebih bervariasi dan luas berbanding rekorder.

Pada zaman kegemilangannya, rekorder sering digunakan dalam persembahan orkestra untuk  menggambarkan burung-burung berkicauan, pengembala kambing, pengkebumian dan perkahwinan. Banyak karya komposer terkenal pada zaman Baroque seperti Bach dan Vivaldi menggunakan rekorder sebagai alat utama untuk seksyen alat tiupan.


Pada abad ke 20, rekorder digunakan dalam sistem pengajaran muzik di sekolah kerana ia adalah alat yang mudah untuk dimainkan dan harganya murah berbanding dengan alat-alat muzik yang lain. Oleh itu, ramai yang beranggapan bahawa rekorder hanyalah sekadar alat permainan kanak-kanak. Pendapat ini adalah salah kerana rekorder adalah alat muzik  yang dipersembahkan dalam konsert berprestij oleh pemuzik profesional di merata tempat sama ada secara solo atau ensembel terutamanya di negara-negara barat.