Wednesday, 5 August 2015

SEJARAH REKODER

Rekorder tergolong dalam kumpulan alat muzik tiup kayu (woodwind). Alat muzik ini mengandungi bahagian peniup yang juga digelar "mouthpiece" yang dipasangkan ke laras silinder yang mengandungi tujuh lubang iaitu enam di hadapan dan satu di belakang. Silinder yang terakhir mengandungi dua lubang berkembar dihadapan. Silinder ketiga ini juga bercantum bersama silinder kedua.Bahagian yang paling penting untuk menghasilkan bunyi ialah bahagian kepala rekorder yang mengandungi peniup ataupun mouthpiece.

 Rekorder merupakan alat tiupan kayu yang tertua. Ia mula dimainkan semenjak Zaman Baroque dalam sejarah muzik klasikal barat. Pada zaman Pertengahan Eropah ataupun "medieval", rekorder adalah alat muzik yang popular. Namun demikian, populariti alat muzik ini mula menurun di abad ke 18 disebabkan terciptanya alat tiupan orkestra seperti oboe, klarinet dan flute yang boleh memainkan "range" not yang lebih bervariasi dan luas berbanding rekorder.

Pada zaman kegemilangannya, rekorder sering digunakan dalam persembahan orkestra untuk  menggambarkan burung-burung berkicauan, pengembala kambing, pengkebumian dan perkahwinan. Banyak karya komposer terkenal pada zaman Baroque seperti Bach dan Vivaldi menggunakan rekorder sebagai alat utama untuk seksyen alat tiupan.


Pada abad ke 20, rekorder digunakan dalam sistem pengajaran muzik di sekolah kerana ia adalah alat yang mudah untuk dimainkan dan harganya murah berbanding dengan alat-alat muzik yang lain. Oleh itu, ramai yang beranggapan bahawa rekorder hanyalah sekadar alat permainan kanak-kanak. Pendapat ini adalah salah kerana rekorder adalah alat muzik  yang dipersembahkan dalam konsert berprestij oleh pemuzik profesional di merata tempat sama ada secara solo atau ensembel terutamanya di negara-negara barat.



4 comments: